Journey of EsArVi

Penulis : Cik Haziqahh Masa : 22:47 Comments : 1 Labels :


Assalamualaikum, hi gaiss.

Dah lama bukan tidak Nampak update saya di blog. Hehehe. Alasan malas nak buka laptop, malas nak on wifi sebab link lembab. Lagipun, busy. Pergi sekolah pukul 6.50, balik pula paling lewat pun nak dekat pukul 6. Pukul 7 sampai 9 layan cerita melayu dengan korea. Entah bila la minat korea nii. Lepastu buat hw, study. Akhirnya, tidur. Cuti pun berkampung dekat sekolah.

nak taip apa lagi ye,.. oh ya almost 3 minggu yang lalu aku bersama 9 rakan lain jadi paranormal. entahlah paranormal ke tidak. kami meninjau ke hotel yang lama tak orang sewa. tuan dia ada tauu dekat situ . datang situ bukan nak tengok benda tu. tapi niat kerana mahu tengok keindahan alam. yaa, lagipun hotel tu berbukit dan bila disitu merupakan jalan untuk pergi ke kebun. so, takde rasa sangat la takut, sebab masa kecik pernah lalu situ. kenangan paling tak boleh lupa la kami aka Squad RV *nama belang terpaksa dirahsiakan ialah kena halau dengan tuan hotel tu. padahal kitorang mahu bertanya saja. aduhaiii. time kena halau tuu satu kejadian juga berlaku. lebih kurang 5 ekor kot anjing kejar kitorang. nasib time tu aku jalan 5 di belakang so kalau kena kejar dah sampai depan. paling pelik, aku tak tahu yang sebenarnya kena kejar anjing. aku lari sebab terdengar sorang kawan jerit. Ingatkan tuan hotel tu nak tangkap kee. takut jugak. Lupa nak beritahu sebenarnya kitorang dah naik daah hotel tu then bila sampai sana tengok tuan dia pegang walkie talkie. cuak. lepastu turun la balik. Then, ada 2 orang kawan ni nak naik balik tu la kena ikut sekali. jenis aku kalau lari memang akan ke belakang. tapi time tu boleh pula kalahkan kawan akuu tauu. siap ada seorang kawan aku puji kata tak sangka aku lari sekuat tuu. kehkehkehhh. malas je nak tunjuk skill kuat lari sebenarnya. Perkara yang lain amat mencurigakan ialah pagar tidak bertutup. pelik jugak la tak bertutup, sebab dah lepas pergi ni, aku ajak ayah pulak dan time itu bertutup. lebih kurang 3 kali kot bertutup. sebenarnya banyak lagu kisah yang berlaku di luar jangkaan tapi malas la nak taip banyak-ii. nak tau, jumpa dan interview. 


Rasanya ni mungkin update terakhir untuk tahun nii. Hm my sis dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat degree. yeayyy.  Sbb tu la laptop dia nak ambik huaaa. Takpe, tunggu tahun depan gua beli yang baru. HAHAHAHAHAH. Tapi masih lagi aktif tau walaupun tak sekerap dulu. Jangan rindu kite pulak yeee. heheh

wassalam bye

Pengalaman Shopping Di Zalora

Penulis : Cik Haziqahh Masa : 14:17 Comments : 3 Labels :


Assalamualaikum, haii loveliess


 First time buka laman web ni. Dah macam rusa masuk kampung laa bila buka Zalora. Gila banyak pilihan. 2 jam setengah layan zalora. Nak beli barang yang ada diskaun tapi voucher tu tak disabled pula. Pilihlah yang mana-ii. Bila dah pilih barang nak beli tu, isi la detail. Then, sampai masa isi pembayaran. Seriously, aku taktahu nak tekan apa. Sebab ni voucher. Pastu, ada satu kotak “CardGift”, aku tekan laa. Ehh betul pulak. Isi lah code voucher tuu. Then, berjaya laaa pembelian aku tuuu.

Dua hari kemudian, aku terima mesej daripada GDex Express, sebab Zalora guna perkhidmatan Gdex tu. “Barang anda sudah sampai… blablabla. Sila ambil di blablabla…” Mati-matian dia delivery sampai ke rumah. Sampai petang tu sanggup cancel dengan kawan nak buat kerja kursus dekat rumah aku. HAHAHAHA. Sanggup whatsapps akak suruh balik dari rumah. Last-ii dia kata esok. Hmmm. Nak pergi ambil barang, tahu jenis badan kecik, nak ambil lesen, kaki tak lepas. Tapi aii pandai bawak motor k. HEHEHH. Mak kata “takpayah la ambil, kalau boom dalam dia tu macam mana” Haii mak niii statement tuuu.


Keesokkan harinya, barulah ambil. Ni diaaa. Jangan cakap hakak tak belanja gambar

Belum apa-ii lagi, Akak dah buka. exsited betul

Bilnya.  Guna RM 94 . yang lagi RM 6 hangusss. HAHAHAAHAH

Kalau tersalah hantar ke, boleh return balik dekat Zalora.



Sebab tak tahu nak beli apa. So, decide nak beli jam. Entahlah kenapa pilih jam. Lawa kot. Besar pula tu, longgar naaa.(tengah). Harganya RM 35. Dalam gambar dekat Zalora, tak berapa lawa sangat jam tu. Bila dapat, cantik pula. Effect kemera biasalah.  Kiri tu jam akak. Saja nak ikut posing sekali. Kanan pula, jam aku juga. Nak tahu saiz tangan, tengok jam tu lama-lama. HAHAHA




2nd pilihan ku. Cardigan. Sebab aku tak tahu nak cari cardigan dekat mana. Sebab bila nak pergi mana-ii cardigan penting. Selama ni, pakai sweater je kalau nak pergi kedai (di belakang). Bosan juga. So, now Cardigan la. Boleh pakai pergi tuisyen yeayyy. Harga RM 59. Saiz S. Warna, wine. Ok, tanda harga tak cabut lagi. Siap bagi peringatan lagi suruh jaganya dengan baik.


Harap dapat lagilah macam nii...hehehhehe


Wassalam, bye










 
ALL RIGHT RESERVED BY ITSMELYYA.BLOGSPOT.COM/ Design BY LEYAYEOLLY