Tips : Siap Kerja tepat pada masa

15:58

Hi.

Harini nak story pasal (tengok title). Sebab selalu sangat tanggukan masa sampai naik malas nak buat. Ini kita bagi tipsnya yaa..


1.DAPATKAN MAKLUMAT
  • Anda harus timbulkan perbagai persoalan apabila diamanahkan sesuatu kerja. contohnya, adakah anda pasti dengan apa yang anda perlu lakukan? Bagaimana projek seharusnya dikendalikan? Bilakah projek itu akan diselesaikan? Jika kerja yang diberikan itu ketika majikan anda dalam keadaan tergesa-gesa, kemungkinan makluma disampaikan tidak lengakap. Jadi sebelum memulakan projek tersebut pastikan ada benar-ii tahu apa yang anda lakukan. Sekiranya tidak jelas, dapatkan keterangan lanjut daripada majikan sebelum memulakan projek tersebut.

2. JANGAN SEGAN MINTA BANTUAN
  • Buka mudah melakukan sesuatu pekerjaan seorang diri dalam waktu terhad. Bantuan daripada orang lain atau rakan-ii sekerja boleh melicinkan pelaksaan tugas mengikut jadual. Dengan semangat kerja berpasukan segala-galanya akan menjadi mudah.

3. GUNA RUJUKAN REKOD LALU
  • Jika anda diarahkan menyiapkan projek yang sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini, sudah pasti ia mepunyai rekod yang terdahulu. Anda boleh membuat rujukan berdasarkan rekod lama. Ini juga cabaran buat anda menghasiklan tugasan yang lebih baik lagi.

4. MINTA NASIHAT PAKAR
  • Sekiranya projek yang sama pernah dikendalikan oleh seseorang, minta nasihat daripada orang tersebut. Nasihat yang diberikan memudahkan anda merancang dan tahu selok-belok kerja yang patut anda lakukan. Kebarangkalian anda dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh singkat berlandaskan panduan dan strategi yang diberikan.


5. PERIKSA KERJA BERULANG KALI
  • Menekan pekerja menyiapkan kerja boleh mebuatkan banyak kesilapan yang akan berlaku Anda perlu sering kali memeriksa perlaksaan projek luar jangkaan terutama pasa saat-ii akhir. Tindakan memeriksa dan mengulang periksa tidak rugi kerana ia dapat menjamin perlaksaan tugas itu dilakukan mengikut objektif.

Harap bermanfaat ya.

Bye!

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul..setuju..tips bermanfaat untuk menyelesaikan tugasan on time..

    ReplyDelete
  2. betul! byk benda lain blh buat kalau siapkan kerja ontime.

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment