Tips Merawat Rambut

18:13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Harini nak cerita sikit pasal penjaggaan rambut. Act, rambut ni menjadi masalah besar selain jerawat kannss. Ni kita nak bagi nii. Btw, ni sumber daripada majalah Dara.com.





1. Telur & susu segar
  • Sediakan 2 biji telur dan setengah cawan susu segar. Pukul telur sehingga 2 minit. Kemudian, campurkan dengan susu segar. Pukul sekali lagi. Kemudian, sapukan pada rambut dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan rambut hitam yang berkilat.


2. Pisang dan minyak zaitun
  • Lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian, campurkan dengan minyak zaitun. Sebatikan. Sapukan pada rambut. Tunggu sehingga 15minit, Bilas dengan air suam. Selepas rambut kering, oleskan minyak zaitun sebagai perapi.


3. Limau nipis
  • Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskannya. Kemudian, gosokkan pada keseluruhan kepala. Biarkan beberapa minitdan dan selepas itu cuci bersih. Selain mewangikan rambut, limau juga boleh menghilangkan pening dan menyejukkan kepala.



4. Kangkung
  • Ambil kangkung kemudian ramas sedikit air sehingga hancur dan berlendir. Sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama 1 jam . Bilas bersih-ii. Lakukan 2 kali dalam seminggu. Hasilnya rambut akan hitam berkilat.

#semoga bermanfaat :)

Wassalam !


You Might Also Like

1 comments

Thanks you for reading and comment