Karnival Koko Pra-U (Part 1)

21:58

Assalamualaikm, hi !

Macam biasa kalau betul-betul free baru ada masa jenguk baby(blog).

Persatuan tingkatan 6 menganjurkan karnival koko. Karnival ini berlangsung pada 8 Ogos sehingga.......... bukan hari-hari karnival ini diadakan. Waktu koko jelaaa. Hari selasa pagi dan rabu petang. Buat masa ini baru 4 pertandingan yang ditertandingkan (tapi masuk 3 je). Banyak lagiiiii pertandingan-pertandingan.


Bola Jaring (8Ogos2017)
~ Pertandingan bola jaring ini semua gadis-gadis form 6 wajib join. Tak kira la kau pandai main ke tidak ke. Janji join. Ada 9 group. Sudah la kena campur dengan akak upper. Nasib menyebelahi diri, ada sepupu. Jadi, tanya dia la dah dapat ke belum ahli dari lower. Actually, aku ni kaki dengan tangan bangku. Bukan reti main pun. Tapi kesah pula jadi (Wing Attack). Tapi rasanya okey kot time main. Paling menyampah, Ecah tak boleh nak diam. Bising abis. Tahulah eksited benar, First game, menang sebab penalti. Second game, kalah. Gadis pihak lawan menang. (2-4). Minggu lepas, team 6 hingga 9, final pula lawan, Jadi, dah lawan tuuu boleh berhuhahaha depan padang tengok orang main. Gambar? hmm takde. Dekat kamera akak upper. Dia masih tak sent lagi gambar tuuu


Pentaque (8Ogos2017)
~ Actually, permainan ini memang aku tak join.. Senarai nama pun takde. Tiba-tiba ada seorang kawan hantar mesej dekat ecah, yang dia tak datang. Jadi, kiranya aku ni penganti la kononnya. Reti ke main? Jawapannya tidak. Hahahahahaha. Belum cuba belum tahu. Tapi rezeki takde nak masuk final. 2 game menang, 1 game kalah(separuh akhir, beza 1 mata kot). Tapi menyesalnya, balik awal. Kalau ikutkan boleh lagi lawan nak tentukan tempat ke-3. Tapi dikatakan team aku no. 4. Alah, tak kisah la. Janji happy. Rasa gian pula nak main pentaque lagiiii. Mula-mula game asyik kena bebel je dengan ecah, atirah. Lama-lama dah okey. Mana ke tak, asyik tersasar je tempatnya. Sudah la lawan time hujan. Risau jee sebab takut tak dapat balik. Sekolah dah la jauhh. Sedih

bola silver tu team kami punya. menang tauuuu!!! 





Gubahan Surat Khabar (9Ogos2017)
Squad RV
~ 1 group, 8 ahli. Budak lower 5 group, budak upper 5 group. 1 model setiap group. Dan siapa modenya kalau bukan cik ziqah yang comel dan manis. Sebab dalam group aku paling kecik. Kalau badan besar, jangan cakaplah. Tak cukup masa gamaknya, Heheh. Tema apa entah. Thinkerbell rasanya. Time nak catwalk tu paling tak boleh go on la, mula bkan main bersemangat, bila dah turn, kekok pula. Haa kisah pula. Janji berani. Nasib 'crush' join pertandingan lain kalau tak, hehhh menganjing betul kalau nampak. Anyway, sorry pada para-para designer yang tidak bertauliah, sebab model banyak ragam sampai terkoyak surat khabar. 

Ada gaya top10nextmodel?


Bersama pasukan lawan. Kelab keusahawanan yang anjurkan pertandingan ini
Ada pertandingan raja pantun. Nak join, tapi dah join gubahan ini. (heh semua pertandingan nak join). Part 2 akan menyusul. Pertandingan tu belum dipertandingkan lagi. Ikutkan ada lagi 2 lagi.. Apapun, stay tuned...

Waalaikumusalam, bye

You Might Also Like

2 comments

Thanks you for reading and comment